Berita Harian selasa, 10 julai 2012
Hijau tak semestinya segar… jadi pilihlah sayur & buah
anda
Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menyarankan kita
mengambil antara 400 hingga 500 gram sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.
Ini bersamaan dengan lima hidangan
sayur dan buah iaitu hanya 80 gram satu hidangan.
Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui
sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau
mengurangkan beban penyakit diseluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.
Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10
faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatan 31
peratus penyakit jantung dan 11 peratus serangan strok setahun diseluruh dunia.
Manakala agensi penyelidikan kanser antarabangsa WHO pula
menganggarkan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi boleh
mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.
Untuk penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti
menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana
kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat
tersendiri.
Bagaimanapun, disebabkan pengaruh komersial dan keuntungan,
banyak produk makanan hijau dicemari dengan bahan-bahan kimia yang digunakan
dalam penanamannya lantas ia menimbulkan keperluan untuk memilih dengan teliti
produk-produk tani ini agar ia tidak memudaratkan.
Kandungan sisa racun makhluk perosak dan bahan toksik pada
sayur-sayuran dan buah-buahan menimbulkan kebimbangan kepada kebanyakan
pengguna kerana ia menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti
kanser.
Jadi, untuk mendapat khasiat yang diperlukan oleh badan kita sebagaimana yang disarankan oleh WHO, ambillah Nutrisi RAIN SOUL. Kerana:
www.myrainlife.com/hasdi
ID : 108833
ID : 108833
